Tuesday 8 October 2013

Monday 25 May 2009

PELAJARI HADITH BEKAM BERSANAD....



HPA dengan kerjasama KPJ serta para HERBALIS menjemput para pembekam (AL-HIJAMAH) datang untuk pelajari satu module dan ilmu bekam bersanad (hadith hadith shoheh) Tarikh 27 mei 2009...Tempat Dewan Umar Mukhtar RFC Sungei Petani,Kedah Jam 9.00 malam dan pastikan anda hadir tepat waktu kerana Dewan akan di tutup selepas itu...ini kerana tidak di galakan keluar masuk ganggu kuliah Hadith...Penyampaian Hadith dan kupasan yang lebih teratur untuk para perawat..Ingat
ILMU HADITH BEKAM BERSANAD
TARIKH: 27 MEI 2009 HARI RABU MALAM
JAM: 9.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN UMAR MUKHTAR RFC (Radix Fried Chicken)Sg.Petani
DATANG AWAL TEMPAT TERHAD & TERKAWAL

Tuesday 19 May 2009

LEADERSHIP....



Buat sahabat-sahabatku yang bakal diangkat menjadi pemimpin. Sedikit perkongsian untuk dihayati bersama.

Pemimpin, pada setiap sudut hanyalah "manusia biasa". Ada yang tinggi dan rendah, berjaya dan gagal. Nilai tambah pada diri kita ialah karisma yang menghasilkan kepimpinan yang berkesan dan sesiapa yang menguasainya pasti dihormati oleh pengikutnya.

Tiada beza antara kita semua. Pemimpin dan pengikut masing-masing punyai kuasa. Pemimpin tanpa pengikut ibarat kereta yang tidak beroda. Meskipun kereta tersebut memiliki kelengkapan yang serba canggih, tetapi tanpa roda ia tidak mampu untuk membawa kita ke mana-mana.

Apabila keperluan untuk menghormati kesemua pengikutnya difahami, seseorang pemimpin tersebut pasti akan mengambil kira kesemua pendapat ahlinya sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ia dinamakan "pola demokrasi". Pola ini wajib dikuasi oleh setiap pemimpin yang berkeinginan untuk membina sebuah pasukan yang hebat dan mantap.

Setiap orang bebas memberi pendapat, meskipun pandangan tersebut tidak semuanya bernilai. Tidak bernilai untuk masa sekarang, tetapi mungkin berharga untuk dijadikan rujukan pada masa yang akan datang.

Buat akhirnya, jadilah pemimpin yang berkarismatik.

PEMIMPIN DAN PENGIKUT YANG MAGNETIK..
\

3 Mei setiap tahun. Tarikh yang pasti diingati oleh sesiapa yang menghargainya. Perginya insan hebat dikenang selamanya. Hari ini ( 3 Mei ) adalah tarikh pemergian salah seorang tokoh hebat pemimpin dunia Islam, Sultan Muhammad al-Fatih.

Jika kita tinjau semula rentetan sejarah hidup beliau, pasti kita akan merasa kagum dengan kehebatan dan kebijaksananaan Sultan Muhammad al-Fatih bersama tentera-tenteranya. Dalam usianya baru 19 tahun, beliau telah mentadbir sebuah kerajaan !

Kejayaan mereka menawan Kota Constantinople ( sekarang dikenali sebagai Kota Istanbul ), yang mana kota tersebut sudah lama cuba ditawan oleh pemimpin-pemimpin dan tentera-tentera Islam yang lain semenjak 800 tahun sebelum itu lagi, sudah pasti diingati selama-lamanya.

Jika dinilai dengan teliti pada zaman yang belum moden seperti itu, strategi peperangan mereka diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri.

Apakah keistimewaan Kota Constantinople ini sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkannya?

"Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ( penawanan )nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera ( yang menawan )nya" [ HR Imam Ahmad al-Musnad 14:331 #18859 ]

Friday 15 May 2009

DALAM DERITA ADA BAHAGIA....


Pada suatu hari, seekor anak kerang di dasar laut telah mengadu dan mengeluh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam telah memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku...Allah tidak menganugerahkan kepada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun sehingga Ibu tak dapat menolongmu", kata sang ibu sambil bercucuran air mata.

Si ibu terdiam sejenak.

"Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Kerahkan semangatmu melawan rasa perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan lendirmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun mengikut nasihat bondanya. Hari demi hari berlalu, ia terus bertahan dan mengeluarkan lendir untuk mengurangkan rasa sakit itu. Lapisan lendir semakin membesar dan rasa sakit pula semakin berkurang.

Suatu ketika rasa sakit itu hilang sama sekali, dan kerang itu menjadi kerang yang luar biasa. Ia menjadi sangat berharga. Kerana ia memiliki sebutir mutiara yang besar, kukuh berkilat dan sangat indah.

Semuanya bermula dari sebuah penderitaan. Penderitaannya berubah menjadi mutiara, air matanya yang mengalir bertahun-tahun lamanya itu, berubah menjadi begitu berharga.

Dirinya kini, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan !

Sejak kebelakangan ini, banyak sungguh rasanya dugaan menimpa diri. Adakalanya saya terfikir, wujudkah dunia yang hanya dikelilingi oleh kebahagian sahaja? Dan sekiranya saya tinggal di sana, adakah saya boleh melalui kehidupan seperti sekarang, boleh berdikari dan hidup dalam apa jua keadaan.


Alhamdulillah, kini kita sedar bahawa kesenangan dan kesusahan itu merupakan seni kehidupan, dan ianya juga merupakan Sunnatullah pada alam semesta ini. Setiap kesusahan dan dugaan pasti ada rahmat disebaliknya, sebab itulah kita harus sentiasa bersikap positif dan tidak mencurigai setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri.


Ibarat kata pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, boleh dimakan tetapi tiada rasa.

Kita semua tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup, yang membezakan antara kita hanyalah sejauh mana tahap kesabaran serta pendekatan digunakan bagi mengatasi kesemua masalah ini.


Meskipun sabar itu adalah suatu perkara yang sukar untuk dilakukan, tetapi kita semua harus menuju ke arahnya. Kerana ianya merupakan sumber kekayaan rohani yang terbesar dan tunjang kepada sebuah kebahagiaan.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kita. Jangan gundah, sentiasalah bersikap positif. Cubalah untuk tetap tersenyum dan tetap berjalan di jalan tersebut sambil katakan di dalam hatimu...


"Airmataku ini diperhitungkan oleh Allah... dan semoga penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi sebutir mutiara yang lebih berharga"

Tuesday 27 January 2009

Thursday 1 January 2009

PERJALANAN DARI PADANG KE BUKIT TINGGI


Penulis bersama rakan KPU berada di Air Terjun Lembah Anai.
Lawatan ke wilayah Sumatera Barat, memang memberikan pengalaman berbeza. Ini kerana sebahagian besar penduduk di wilayah seluas 43,297 kilometer persegi ini terdiri daripada 95 peratus masyarakat Minangkabau yang beragama Islam.
Pertuturan disini juga menggunakan dialek minang bukannya bahasa Indonesia. Justeru ia terasa dekat dengan masyarakat di Malaysia. Malah amat mudah untuk mendapatkan makanan halal di wilayah ini.
Selepas bergambar di Air Terjun Lembah Anai, kami sambung perjalanan ke Bukit Tinggi. Walaupun hanya 90km daripada Padang, perjalanannya mengambil masa selama 2 jam lebih kerana laluannya sempit dan berliku. Laluan ke Bukit Tinggi turut dihubungkan dengan landasan keretapi semasa pemerintahan Belanda pada suatu masa dulu.


Penulis bergambar serta melihat pemandangan di Tasik Maninjau.

Menariknya di Bukit Tinggi, suhunya yang sejuk sama seperti berada di Genting Highlands. Kedudukannya dilembah dan diapit Gunung Singgalang yang sudah tidak aktif dan Gunung Merapi yang masih aktif, menjadikan pemandangan yang cukup cantik dan menarik.
Kami juga dihidangkan dengan keindahan Tasik Maninjau kira2 16km dari Bukit Tinggi. Laluan berliku membuatkan kepala pusing, namum ia terubat apabila melihat panorama indah Tasik Maninjau seluas 100km persegi itu.


BERGAMBAR BERSAMA RAKAN2 BERLATAR BELAKANG GUNUNG MERAPI


Suasana semulajadi dan pemandangan sawah padi dilereng-lereng bukit semasa dalam perjalanan ke Bukit Tinggi. Alam semulajadi yang mempesonanakan dengan pemandangan sawah padi di banjaran bukit serta perkampungan tradisional yang masih kekal.


Seterusnya kami mengunjungi kawasan panorama Ngarai Sianok untuk melihat pemandangan lembah yang memukau. Kawasan ini menempatkan Lobang Jepang (Lubang Jepun) iaitu terowong bawah tanah ketika pendudukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.


Terowong ini dikatakan lokasi persembunyian tentera Jepun selain menempatkan pejabat pentadbiran, penjara serta tempat menyeksa tawanan. Terowong ini hanya dibuka 1km sahaja kepada pelancong.



Menara Jam Gadang merupakan peninggalan penjajahan Belanda di tengah-tengah bandar merupakan tempat riadah bagi penduduk setempat. Disini juga terdapat Pasar Atas dan Pasar Bawah yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata dengan harga yang berpatutan.