Tuesday 27 January 2009

Thursday 1 January 2009

PERJALANAN DARI PADANG KE BUKIT TINGGI


Penulis bersama rakan KPU berada di Air Terjun Lembah Anai.
Lawatan ke wilayah Sumatera Barat, memang memberikan pengalaman berbeza. Ini kerana sebahagian besar penduduk di wilayah seluas 43,297 kilometer persegi ini terdiri daripada 95 peratus masyarakat Minangkabau yang beragama Islam.
Pertuturan disini juga menggunakan dialek minang bukannya bahasa Indonesia. Justeru ia terasa dekat dengan masyarakat di Malaysia. Malah amat mudah untuk mendapatkan makanan halal di wilayah ini.
Selepas bergambar di Air Terjun Lembah Anai, kami sambung perjalanan ke Bukit Tinggi. Walaupun hanya 90km daripada Padang, perjalanannya mengambil masa selama 2 jam lebih kerana laluannya sempit dan berliku. Laluan ke Bukit Tinggi turut dihubungkan dengan landasan keretapi semasa pemerintahan Belanda pada suatu masa dulu.


Penulis bergambar serta melihat pemandangan di Tasik Maninjau.

Menariknya di Bukit Tinggi, suhunya yang sejuk sama seperti berada di Genting Highlands. Kedudukannya dilembah dan diapit Gunung Singgalang yang sudah tidak aktif dan Gunung Merapi yang masih aktif, menjadikan pemandangan yang cukup cantik dan menarik.
Kami juga dihidangkan dengan keindahan Tasik Maninjau kira2 16km dari Bukit Tinggi. Laluan berliku membuatkan kepala pusing, namum ia terubat apabila melihat panorama indah Tasik Maninjau seluas 100km persegi itu.


BERGAMBAR BERSAMA RAKAN2 BERLATAR BELAKANG GUNUNG MERAPI


Suasana semulajadi dan pemandangan sawah padi dilereng-lereng bukit semasa dalam perjalanan ke Bukit Tinggi. Alam semulajadi yang mempesonanakan dengan pemandangan sawah padi di banjaran bukit serta perkampungan tradisional yang masih kekal.


Seterusnya kami mengunjungi kawasan panorama Ngarai Sianok untuk melihat pemandangan lembah yang memukau. Kawasan ini menempatkan Lobang Jepang (Lubang Jepun) iaitu terowong bawah tanah ketika pendudukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.


Terowong ini dikatakan lokasi persembunyian tentera Jepun selain menempatkan pejabat pentadbiran, penjara serta tempat menyeksa tawanan. Terowong ini hanya dibuka 1km sahaja kepada pelancong.



Menara Jam Gadang merupakan peninggalan penjajahan Belanda di tengah-tengah bandar merupakan tempat riadah bagi penduduk setempat. Disini juga terdapat Pasar Atas dan Pasar Bawah yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata dengan harga yang berpatutan.